Sabtu, 17 Disember 2016

Jika

Assalamualaikum...

Aku tertarik dengan kata kata ni ,"kalau seseorang itu tak sukakan kau,jangan kau buat dia rasa terganggu dengan kau,dan kalau kau dah buat seseorang itu jatuh cinta,jangan kau buat dia bersedih kerna dirimu."

Kalau seseorang itu hadir dalam hidup kita, dan dia buat kita rasa bahagia dan gembira.itu bukan bermakna dia sudah jatuh cinta dekat kita.mungkin dia sengaja mahu menguji sekuat mana hati kita dalam bab yang melibatkan perasaan.

Dan jika kita cintakan seseorang itu, tak perlu menunjuk ataupun menghebohkan kepada semua orang , yang mana insan itu milik dia.setiap insan bukan hak milik mutlak insan lain tapi insan itu hak milik mutlak pencipta nya.

Tidak perlu wujud isu siapa yang rebutkan insan tersebut.biarlah insan itu tetapkan sendiri siapa pilihan pendamping hidupnya.tak perlu cemburu ataupun sakit hati dengan orang lain.jika dia yang telah ditetapkan oleh ALLAH,sejauh mana ataupun sesukar mana sekalipun pasti akan bersatu.

Kalau benar kita cintakan insan tu,jangan pernah sesekali lupa untuk berdoa.agar jodoh itu mudah dengan insan itu.ALLAH itu maha mendengar setiap rintihan dan luahan hambaNYA.

ALLAH pegang setiap doa doa yang kita pinta.dan ALLAH lepaskan doa doa itu pada waktu yang tepat.aturan ALLAH sangat cantik dan sempurna..sampai waktu dan ketikanya baru kita akan merasa bahagia.

Rabu, 14 Disember 2016

Hati yang setia dan selalu dikecewakan

Assalammualaikum.

Lama rasanya tak menulis.biasalah mood tak ada.tapi.hari ni walaupun mood kelaut,aku tetap nak meluahkan apa yang aku rasa saat ini.

Pernah tak korang rasa sakit sebab dipermainkan ?.mesti pernah kan.sakit yang ditanggung berat sangat.itulah yang terjadi pada aku.aku cuba tahan diri dari menagis lagi.tapi apakan daya aku bukan malaikat.aku manusia biasa.

Kadang aku terfikir,kenapa aku yang kena tempuh benda ni semua ?.hancur hati aku ni sebab seorang insan.mungkin pada dia aku ni banyak kekurangan diri.mungkin aku tak cukup layak untuk berdamping dengan dia.

Aku sedar yang aku ni bukan siapa siapa.aku bukan anak  orang kaya.aku asal dari keluarga yang sederhana.aku tak setanding orang lain.aku tak punya apa apa kalau nak dibandingkan dengan orang lain.

Setiap hubungan yang pernah hadir dalam hidup aku,aku jaga dengan penuh ikhlas.luluh hati aku bile dengar cerita yang disampaikan.apa dosa aku pada dia.kenapa aku yang kena tanggung semua ni.

Aku tak mampu nak balas semua apa yang dia pernah buat dekat aku.segala sakit yang aku dapat,aku tak mampu nak balas.sampai bila aku nak menagis.kenapa diantara aku dengan dia mesti ada orang lain.

Kenapa setiap kali aku mula nak rasa bahagia , mesti aku akan menagis.mesti ada yang menjadi perosak.aku ni tak layak ke untuk bahagia ? .sampaikan aku jadi takut bila bahagia tu datang.bukan harta ataupun wang ringgit yang aku pandang.

Yang aku mahu hanya keikhlasan.dapat menerima diri aku seadanya,itu pun dah cukup bagi aku.dah banyak kali aku sakit.dah banyak kali aku jatuh.sungguh aku tak kuat.

Sabtu, 3 Disember 2016

Kecantikan seorang perempuan

Assalamualikum,

 "Dalam bisikan doa,ada segaris nama,jika benar dia , moga dipermudahkan segalanya,jika bukan dia,luputkanlah dia dari ingatan. "

" Aku ini memang suka sakitkan diri sendiri.dah tahu sakit,tetap juga pertahankan.dah tahu tak kuat ,tetap juga lalui. "

Aku selalu berangan angan untuk merasa bahagia seperti orang lain.tapi aku tak pernah dapat lagi merasa bahagia itu.setiap kali bahagia itu hadir,mesti akan ada orang yang menggangu.dan aku terpaksa mengalah dan undur diri.kadang aku fikir  sampai bile aku nak terus mengalah dan memberi peluang orang lainn hadir untuk rosakkan apa yang aku harapkan.

hidup aku sekarang makin complicated.aku sekrang ni tersepit dalam satu masalah yang selama ni aku nampak orang lain yang lalui.tapi sekarang aku yang lalui.sekarang ni aku tak tahu kenapa semua lelaki yang aku kenal seolah olah sedang rebut kan aku.semuanya akan cakap aku ni dia orang yang punya.mungkin dia orang tak tahu sebanarnya apa yang dia orang buat ni bukann boleh buat aku tersenyum bahagia , tapi buatkan aku takut.

seolah olah aku tengah lalaui satu mimpi yang sangat menakutkan.aku tak pernah mintak benda ni terjadi dekat aku.aku bukan anak tan sri ataupun dato , yang dia orang perlu nak rebutkan.aku hanya perempuan biasa .

IF THE WRONG MAN WAS HONEST

If the wrong man was honest,
This is what he would say to you ,
I only pay you compliment to get you to lower your guard . I need time .
Time to feel yor head with all the thing you want to hear .
I will never love you but I will act like I do to get what I want from you.
Deep down inside you know I am wrong , but the words I say to you and my
Act are so good taht you ignore your intuition ,even when I slip up.
Now I have got you right where I need you to be .
Ignoring what you know is the best for you and already making excuse
For me ..
When I said “ Im sorry “
But she said  “sorry is not good enough”
I said “ but I have changed “
She said “ prove it to me “
I said “ okay ,taje me back and I will “
She said “ no ,show me from over there “
And let me decide whether or not
You deserved to be “here”

Ahad, 27 November 2016

Dear my best friend for ever and ever

Assalamualaikum linda...

Macam mana dengan persiapan majlis kau nanti ?.mesti dah hampir nak siapkan ?.diam tak diam dah tinggal lagi berapa hari je lagi tok kau say goodbye dekat dunia single dan say hello to dunia perkahwinan.insyallah lau tak ada apa aral yang melintang mungkin sehari sebelum majlis nikah kau ,aku akan sampai.akhirnya jodoh kau sampai jugak lin.aku gembira bile dapat berita yang kau dah nak kahwin.alhamdulilah makbul jugak doa aku nak tengok kau jumpa mr right kau.

Setiap kali lepas solat, aku tak pernah lupa tok doakan kebahagian kau gan isha.sebab korang lah sahabat yang paling aku sayang.

Aku nak minta maaf dekat kau,kalau aku selalu ganggu kau dengan masalah masalah yang ada dalam hidup aku.tapi kau tetap sabar layan kerenah aku.lepas ni aku dah tak ada tempat nak luahkan sebab kau dah ada suami.tanggujawap kau lepas ni lebih berat lagi.

Terima kasih linda sebab kau selalu ada untuk dengar semua keluh kesah aku.kau selalu bagi aku semangat time aku tengah down.

Aku doakan kau beroleh kebahagian yang kekal.

Tentang rasa

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama blog ni terbiar....sampai dah berhabuk...🙄..
Lama tak update dekat sini..
Sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita...
Tapi tak tahu nak mula dari mana..😕..
Aku rasa rasa sekarang ni hidup aku makin complicated...
Semua rasa bercampur sekali..kadang tu aku rasa nak menagis,nak marah,jeles..semuanya datang dalam 1 masa..
Kadang tu buat aku rasa serabut...terfikir jugak macam nak pergi dekat satu tempat yang sunyi,tanpa ada apa apa gangguan dari sesiapa..aku nak tenangkan fikiran..
Tapi bila difikir fikirkan balik lau nak gi travel ke satu satu tempat tu orang cakap elok bawak teman..
Atleast kalau terjadi apa apa,sekurang kurangnya adalah orang yang boleh tolong...almaklumlah sekarang ni macam macam kes yang berlaku..
Tapi aku nak gi gan siapa..bff aq semua nya dah nak kahwin...
Linda punya majlis kahwin minggu depan...
Aisyah pulak busy dengan kerja and persiapan majlis kahwin dia untuk tahun depan..
Tinggal lah aku yang masih belum laku laku ni...
Bile story bab pasal majlis kahwin ni , siapa yang yang tak nak kahwin yang oi..
Semua orang impikan majlis yang sempurna..
Tapi pada aku , aku cume nak.majlis yang sederhana..
Aku nak buat yang wajib aje...tak perlu nak.membazir semua..
Kalau boleh aku nak bertunang...
Diulangi tak nak bertunang..aku fobia lau sebut bab tunang ni semua..
Dan lagi 1,aku jadi takut bila tarikh hari lahir aku sampai..
Pada orang lain mungkin tarikh tersebut menggembirakan korang tapi tak bagi aku..
Mesti korang rasa hairan kenapa aku takut dengan tarikh hari lahir aq sendiri ..
Sebabnya masa hari itu lah aku dilamar konon nya untuk menjadi teman hidup seseorang ni..
Siapa yang tak rasa gembira bila dilamar..
Siap nak hantar rombongan bagai...
Tipu lah kalau time tu kau tak rasa bahagia..
Hampir setahun jugak aq tunggu apa yang dia janjikan...
Tapi semuanya hancur macam tu sahaja..sampaikan aku malu nak berdepan dengan ibu dan ayah aku..
Kali kedua pun jadi benda yang sama.tarikh yang sama jugak aku dilamar..bile aku dah terima lamaran dari dia,dia buat aku ni seperti tak pernah wujud dalam hidup dia.
Apa yang korang akan rasa bile orang yang kau sayang tu,buat buat tak nampak yang kau ada dekat situ.seolah olah kau ni halimunan..
Mesti kau rasa sedih kan.macam tu lah yang aku rasa.sedih campur malu.malu sebab semua orang nampak dia buat aku macam tu.tapi aku tetap simpan semua dalam hati aku..
Bila orang sekeliling tanya aku dengan someone tu macam mana ?,aku akan jawap kita orang ok, tak ada masalah.
Tapi hakikat nya ALLAH aje yang tahu.

Isnin, 31 Oktober 2016

Untuk ayah

Assalammualaikum

    Coretan untuk ayah..

Dalam setiap senyuman anakmu
Tersimpan seribu satu kekecewaaan
Dalam setiap tingkah ceria anakmu ini
Tersimpan duka yang sangat dalam
Anakmu ini memgerti
Disetiap solat siayah dirikan
Pasti akan tersisip doa untuk melihat
Anakmu ini bahagia
Doa yang selalu dititipkan untuk
Anak yang dibesarkan dengan susah payah
Agar bertemu dengan jodoh yang baik
Tapi seandainya ayah dapat mengerti
Apa yang anakmu ini rasakan ketika ini
Pasti ayah juga akan bersedih
Melihat puteri yang paling disayangi
Acapkali tersungkur jatuh
Seringkali dikecewakan oleh cinta
Tapi puteri kesayanganmu ini tetap sembunyikan
Sakitnya dikecewakan oleh insan yang bergelar lelaki
Maaf andai puteri kesayanganmu ini terpaksa
Memendam apa dia rasakan
Puterimu ini acapkali menagis disetiap sujud terakhir solat
Tidak terungkap sakitnya dengan perkataan

Rabu, 26 Oktober 2016

Sakit

Assalamualaikum

      Aku tak tahu kenapa setiap kali aku rasa marah , aku masih lagi boleh berdepan dengan seseorang tu.walaupun dia yang selalu buat aku marah tapi aku tetap boleh tersenyum depan dia.

    Seolah olah dia tak ada buat apa apa salah pun.aku tak tahu apa maksud dan niat dia sebenarnya.dia cakap dekat semua orang aku dia yang punya.lagi 1 entah kenapa aku dapat rasa bila ada yang tak kena.

     Aku berharap  agar hati aku belum tertutup kemas u tuk semua ni.

Aku tak kuat

Assalamualaikum..

     Dah lama rasa nya aku tak update apa apa dekat sini..
Entah kenapa seriap kali bahagia tu datang dekat aku , mesti akan ada yang datang mengacau.seolah olah aku ni tak boleh nak merasa bahagia.

     Aku dah cukup penat dengan apa yang aku kena hadap hari hari.ibarat nya aku ni macam anak patung.aku ni manusia jugak , ada hati , ada perasaan jugak.aku nak jugak bahagia macam orang lain.

   Setiap kali aku tak pernah lupa untuk berdoa agar aku dapat merasa bahagia , agar aku jumpa insan yang betul ikhlas terima aku.bukan harta yang aku pandang.

   Hati aku rasa sayu bila tengok orang sekeliling aku semuanya gembira.

Ahad, 25 September 2016

Penat

Assalamualaikum...

   Hati aku ni dah cukup letih dengan semua ni..aku rasa aku tak kuat nak tempuh sekali lagi..ya  allah...kenapa tiap kali aku mula nak rasa bahagia,mesti aku akan jatuh tersungkur...
Apa kurang nya aku ?
Apa cacatnya aku ?
Kenapa aku yang selalu dipermainkan ?
Kenapa aku yang mesti merasa sakit ?
Apa silap aku ?
Salah ke aku nak kejar kebahagiaan itu ?
Tak layak ke aku untuk merasa bahagia ?

   Setiap kali aku akan merasa benda yang sama.

Khamis, 22 September 2016

Manusia Yang Tidak Sempurna

Assalamualikum...
Selamat Petang ....


   Belek - belek handphone ,aku tertarik dengan kata - kata dari MR Amari Soul.
   kata - kata dia memang kena dengan aku.setiap apa yang dia post pasti aku akan
   simpan dalam telefon.


       " NEVER COMPLETELY LOSE  YOUR IDENTITY OF SELF IN  RELATIONSHIP,
          WHEN YOU DO , YOU LOSE YOU VERY REASON FOR BEING THERE IN THE
          FIRST PLACE.
          IN THE END ,EVERYTHING CHANGE BUT A HEALTHY RELATIONSHIP
          SHOULD GROW WITH YOU,BUT AGAINST YOU. "


      "TRUE LOVE IS NOT ABOUT CONVENIENCE....IT'S ABOUT COMMITMENT. "


     " YOU COULD BE UPSET...
        YOU COULD BE FRUSTRATED...
        YOU COULD BE SO ANGRY THAT YOU COULD SCREAM
        AT THE TOP OF YOUR LUNGS...
        SO LOUD THAT THE WORLD ITSELF WOULD FEEL YOUR PAIN,
        BUT WHAT YOU SHOULD NEVER DO IS DO TO THE WRONG
       MAN WHAT HE HA DONE TO YOU.
      WHY ?
      BECAUSE IF YOU DO,YOU BECOME THAT WHICH YOU SO DESPISE. "

Ini diantara kata - kata yang amat mendalam maksudnya dari Mr Amari Soul.

           

Selasa, 20 September 2016

Keliru

Assalamualaikum...
Selamat tengah hari....

     Alu tak tahu mana satu yang aku patut percaya.sebelah hati aku rasa bukan dia.tapi sebelah hati lagi rasa macam dia.
    Apa yang patut aku buat.situasi aku sekarang ni buatkan aku betul betul keliru.aku tak tahu nak percayakan siapa sekarang ni.aku buntu yang teramat sangat.
   Aku berharap yang insan  tu bukan dia.

Isnin, 19 September 2016

Sakit

Assalamualaikum...
Selamat malam...

   Malam ni aku tak tahu kenapa aku rasa tak sedap hati.lagi lagi lepas dengar cerita seseorang.dah 2 hari aku akan menagis sampai tertidur.aku tak tahu kenapa hati aku rasa sayu yang teramat sejak sejak akhir ni.

  Andai apa yang aku rasa kan ni betul,aku akan nekad matikan hati aku sampai bila bila.aku dah penat nak tanggung semua ni.aku dah penat nak hadap drama dunia.

  Sungguh aku tak kuat nak tempuh dugaan ini..

Khamis, 15 September 2016

Rindu

Assalamualaikum
Selamat pagi

    Hari ni aku tak tahu kenapa aku tak rasa macam hari yang sebelum sebelum ni.biasanya aku akan rasa happy,ceria...tapi sejak dua ketiga hari ni aku rasa sedih.. kadang tu sampai menagis...

   Aku terpaksa buat buat yang aku ni happy....hakikatnya ALLAH sahaja yang tahu...aku tak tahu kenapa aku rasa sedih...mungkin aku belum cukup kuat nak hadap semua ini...

  Aku takut dengan semua yang ada dekat aku sekarang...aku takut apa yang aq inginkan aku tak dapat capai...
 

From the beginner blogger

Afiqah @ alfie

Selasa, 13 September 2016

Mimpi

Assalamualiakum..
Selamat malam...

   Hari ni aku nak cerita sikit pasal apa yang aku mimpikan waktu subuh tadi...apa maksud kalau kita mimpi tentang barang emas ?...adakah itu satu petanda yang baik ataupun sebaliknya...
    Ada yang cakap itu petanda baik...dan ada yang cakap mungkin sudah sampai masa nya untuk aku buka hati untuk menerima jodoh yang akan muncul...
   Tapi bile ada yang bercakap soal jodoh,automatik aku menjadi takut....takut benda yang sama akan berulang kembali....
   Aku hanya mampu berdoa agar aku bertemu dengan seorang yang mampu menerima aku seadanya,yang mampu membimbing aku,itu sahaja yang aku mahukan....
   Berbalik pasal mimpi tu tadi,aku jadi hairan kenapa toba tiba aku boleh dapat mimpi tu....gelang tangan yang aku pakai dalam mimpi tu,terlampau cantik....
   Entah apa maksud yang tersirat dalam mimpi aku tu...aku hanya mampu berharap , apa yang aku mimpi tu adalah maksud yang baik bagi aku.

From the beginner blogger

afiqah @ alfie

Rabu, 31 Ogos 2016

Jodoh oh jodoh

Assalamualaikum...
Selamat petang....

     Lama rasa nya tak menulis dekat sini.Biasa lah kalau dah mula mengadap kerja , memang dah tak fikir benda lain dah.selagi tak siap kerja tu memang rasa macam 1 bebanan aje.kadang kadang tu rasa macam nak balik semula ke alam persekolahan.

   Time sekolah dulu tak ada lah stress macam sekarang ni.mana nak fikir bebanan kerja lagi , nak kena bayar macam macam lagi.kadang sampai terlintas dekat kepala kenapa lah aku naak lalui benda ni.tu belum termasuk soal jodoh lagi.hai pening pening.

  Bila masuk soal jodoh pulak lagi lah bertambah tambah pening nya.kadang tu aku rasa macam nak duduk dekat
Bawah meja aje.mungkin bagi sesetengah orang , itu soalan biasa.tapi bagi orang yang macam aku ni , soalan tu amat menakutkan.

   Sebab tu kalau boleh aku nak balik semula ke alam persekolahan.sebab masa tu tak ada nak fikir pasal duit ke ,bebanan kerja ke , soal cinta cintun ni.paling paling pun pening kepala fikir pasal homework.

   Hmmm....kalaulah boleh putarlan masa balik...

Ahad, 21 Ogos 2016

Menunggu dan menunggu

Assalamulaikum...
  Aku masih lagi dekat office...menunggu adik aku yang sorang ni datang ambil aku...aku tak tahu kenapa hari ni aku ada mood pulak nak menulis....adakah sebab aku rindukan seseorang ?.mungkin iya ataupun mungkin tak.dah memang hobi aku menulis dan aku akan menulis bila  mood aku datang.
  Belek belek galeri dalam tab aku, terjumpa satu ayat ni
" the most painful things is taking risk to fall in love again".entah kenapa aku rasa tertarik dengan ayat ni.seolah olah ayat ini memang sesuai untuk aku.
Memang perkara yang paling sakit bila kita terpaksa ambil risiko untuk jatuh cinta.
Mungkin pada sesetengah orang cinta itu indah,tapi bagi orang yang pernah merasa kecewa,cinta itu menjadi suatu benda yang menakutkan bagi dia.itu yang wujudnya pepatah fobia tentang cinta.
  Sampaikan timbul perasaan takut untuk bercinta.tipulah kalau dikatakan seseorang itu tak mahu merasa bahagia,rasa ingin bercinta dan dicintai.tapi disebabkan perasaan takut untuk kecewa sekali lagi membuatkan seseorang itu menutup pintu hatinya untuk bercinta.
   Hati mana yang sanggup tahan bila seringkali dikecewakan.seolah olah harapan yang dibagi itu tidak bererti.bila seseorang itu mengharap pada harapan yang dibagi dan akhirnya dia sendiri yang akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi kerna suatu harapan itu.
  Sakitnya bila kita jatuh sebab mengharap apa yang dijanjikan itu menjadi kenyataan memang terlampau sakit rasanya.tapi orang yang tidak pernah rasa macam mana sakitnya bila kita seorang sahaja yang bersungguh sungguh menjaga hubungan itu sebaik mungkin.
  Lebih berat lagi bila timbul soal kahwin,bila ibu bapa sudah mula meletak harapan untuk melihat anaknya bahagia dengan pasangan yang dipilih sendiri,akhirnya berkubur macam itu sahaja.mana nak letak rasa malu dengan ibu bapa,sahabat semua.akhirnya diri sendiri yang merana.
   Sebab itulah sampai sekarang aku masih lagi single.disebabkan aku masih takut dan belum kuat lagi untuk bercinta.mungkin aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang fobia untuk bercinta.kenangan pahit yang pernah aku lalui sebelum ini membuatkan aku cukup takut untuk bercinta lagi.
  Aku takut nak meletak apa apa harapan lagi pada setiap insan yang hadir dalam hidup aku.lebih baik aku menganggap semuanya kawan daripada aku kecewa lagi.

From the beginner blogger
Afiqah @ alfie

Nukilan ku

Perempuan,dia menagis,dia ketawa,dia merungut,dia membebel,dia berduka,dia sayang,dia cinta.emosi dan perempuan adalah sahabatyang sangat karib dan susah hendak dipisahkan.
Memang ada perempuan yang nampak gagah lharan tapi dia tetap seorang perempuan.hatinya lembut dan sensitif.
Permlempuan.mudah suka,jatuh cinta dan seringkali tersilap percaruran hati.
Perempuan berlagak kuat dihadapan semua,padahal hatinya sudah hancur luluh merana.namun dia tahu yang dia tak boleh menunjukan yang dia lemah selamanya.dia harus kuat hadapi semuanya.terpaksa hadap semuanya dengan senyuman palsu.
Terus melangkah untuk melindungi diri yang jatuh dihujung sana.hati perempuan selalu cukup kuat untuk memaafkan.
Tapi fikiran belum cukup kuat untuk melupakan.hati seorang perempuan akan berubah menjadi keras sebab dia sudah penat ada hati yang lembuttapi tidak dihargai.
Cantiknya seorang perempuan,apabila dia tersenyum disaat dirinya sedang sakit.
Tabah dirinya saat dihina dan tetap tertawa disaat hatinya sedang merana.

From the beginner blogger : afiqah @ alfie

Rabu, 17 Ogos 2016

Kenangan lalu

Assalamualaikum,selamat malam...

  Entah kenapa tiba tiba aku teringat dekat kenangan  dulu..rasa nak menagis aje bile teringatkan apa yang pernah terjadi dulu...
  Aku pernah ditolak hanya sebab rupa.mungkin memang menjadi lumrah kehidupan dalam memilih pasangan.kecantikan luaran menjadi pilihan yang paling utama.
  Aku pernah merasa sakit sebab dihina,masa tu aku rasa keyakinan dalam diri aku hilang entah kemana.aku pegang setiap apa yang hamba allah itu pernah dan aku bertekad untuk dapatkan balik keyakinan diri aku kembali dan aku mahu buktikan pada hamba allah itu yang mana aku mampu  berubah menjadi yang lebih baik.
  Akan aku ingat setiap apa yang dia ucapkan pada aku sebelum ni sampai bila bila.aku takkan sesekali menyimpan dendam pada hamba allah itu.

From the beginner blogger
Afiqah @ alfie

Khamis, 4 Ogos 2016

INTRO: Inilah aku

Assalamualaikum dan selamat petang .

Nama aku Nurafiqah. Boleh panggil Ain, Afiqah atau pun Alfie. Kenapa nama Alfie ni boleh muncul ye ? Nama Alfie ni muncul dari salah seorang kawan baik aku sendiri, Leenz. Dia yang bagi nama ni dekat aku. Pada aku nama Alfie ni unik.

Salah satu sebab aku buat blog ni adalah kerana aku suka menulis. Dengan menulis aku dapat lepaskan semua tekanan yang aku tanggung. Kiranya macam salah 1 terapi untuk release tension.

Umur aku dah 26 tahun. Hmmm...lagi berapa bulan nak masuk 27 tahun. Status aku masih lagi single. Ramai jugak yang bertanya kenapa aku masih single lagi. Kalau part tu nanti nantilah aku cerita.Cukuplah aku bagitahu yang aku masih lagi takut dengan apa yang terjadi sebelum sebelum ni.

Tapi aku kesian jugak bile tengok mak dengan ayah aku ni. Tiap kali dia orang balik kampong atau jumpa kawan kawan dia orang mesti akan keluar soalan cepu emas. "Kau dah berapa orang cucu ?", "Bila anak anak kau nak kahwin ?" Bila kena dekat aku soalan tu, aku akan jawap insyallah kalau ada jodoh ada lah.

Peringkat umur aku sekarang ni dah malas nak fikir tentang soal cintan cintun ni. Dah tak ada rasa nak bercinta bagai. Lebih baik berkawan.

Rasanya cukuplah aku membebel setakat ni dulu. See you in the next post..

FROM : ALFIE  (THE NEW BLOGGER)

Assalamualaikum