Ahad, 21 Ogos 2016

Menunggu dan menunggu

Assalamulaikum...
  Aku masih lagi dekat office...menunggu adik aku yang sorang ni datang ambil aku...aku tak tahu kenapa hari ni aku ada mood pulak nak menulis....adakah sebab aku rindukan seseorang ?.mungkin iya ataupun mungkin tak.dah memang hobi aku menulis dan aku akan menulis bila  mood aku datang.
  Belek belek galeri dalam tab aku, terjumpa satu ayat ni
" the most painful things is taking risk to fall in love again".entah kenapa aku rasa tertarik dengan ayat ni.seolah olah ayat ini memang sesuai untuk aku.
Memang perkara yang paling sakit bila kita terpaksa ambil risiko untuk jatuh cinta.
Mungkin pada sesetengah orang cinta itu indah,tapi bagi orang yang pernah merasa kecewa,cinta itu menjadi suatu benda yang menakutkan bagi dia.itu yang wujudnya pepatah fobia tentang cinta.
  Sampaikan timbul perasaan takut untuk bercinta.tipulah kalau dikatakan seseorang itu tak mahu merasa bahagia,rasa ingin bercinta dan dicintai.tapi disebabkan perasaan takut untuk kecewa sekali lagi membuatkan seseorang itu menutup pintu hatinya untuk bercinta.
   Hati mana yang sanggup tahan bila seringkali dikecewakan.seolah olah harapan yang dibagi itu tidak bererti.bila seseorang itu mengharap pada harapan yang dibagi dan akhirnya dia sendiri yang akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi kerna suatu harapan itu.
  Sakitnya bila kita jatuh sebab mengharap apa yang dijanjikan itu menjadi kenyataan memang terlampau sakit rasanya.tapi orang yang tidak pernah rasa macam mana sakitnya bila kita seorang sahaja yang bersungguh sungguh menjaga hubungan itu sebaik mungkin.
  Lebih berat lagi bila timbul soal kahwin,bila ibu bapa sudah mula meletak harapan untuk melihat anaknya bahagia dengan pasangan yang dipilih sendiri,akhirnya berkubur macam itu sahaja.mana nak letak rasa malu dengan ibu bapa,sahabat semua.akhirnya diri sendiri yang merana.
   Sebab itulah sampai sekarang aku masih lagi single.disebabkan aku masih takut dan belum kuat lagi untuk bercinta.mungkin aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang fobia untuk bercinta.kenangan pahit yang pernah aku lalui sebelum ini membuatkan aku cukup takut untuk bercinta lagi.
  Aku takut nak meletak apa apa harapan lagi pada setiap insan yang hadir dalam hidup aku.lebih baik aku menganggap semuanya kawan daripada aku kecewa lagi.

From the beginner blogger
Afiqah @ alfie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan