Rabu, 31 Ogos 2016

Jodoh oh jodoh

Assalamualaikum...
Selamat petang....

     Lama rasa nya tak menulis dekat sini.Biasa lah kalau dah mula mengadap kerja , memang dah tak fikir benda lain dah.selagi tak siap kerja tu memang rasa macam 1 bebanan aje.kadang kadang tu rasa macam nak balik semula ke alam persekolahan.

   Time sekolah dulu tak ada lah stress macam sekarang ni.mana nak fikir bebanan kerja lagi , nak kena bayar macam macam lagi.kadang sampai terlintas dekat kepala kenapa lah aku naak lalui benda ni.tu belum termasuk soal jodoh lagi.hai pening pening.

  Bila masuk soal jodoh pulak lagi lah bertambah tambah pening nya.kadang tu aku rasa macam nak duduk dekat
Bawah meja aje.mungkin bagi sesetengah orang , itu soalan biasa.tapi bagi orang yang macam aku ni , soalan tu amat menakutkan.

   Sebab tu kalau boleh aku nak balik semula ke alam persekolahan.sebab masa tu tak ada nak fikir pasal duit ke ,bebanan kerja ke , soal cinta cintun ni.paling paling pun pening kepala fikir pasal homework.

   Hmmm....kalaulah boleh putarlan masa balik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan