Selasa, 5 Jun 2018

Tersepit

Assalamualaikum
Salam ramadhan

  Rindu nak menulis.
Aku dah cukup letih nak hadam semua masalah yang ada.sampaikan aku rasa dah tak larat nak tanggung lagi.betulah cakap orang bila kita ada masalah lebih baik kita tidur untuk tenangkan fikiran.bila ada masalah yang susah untuk aku selesaikan,aku rasa lebih baik aku tidur dari aku terus berjaga dan fikirkan masalah yang ada.

Kadang sampai aku terfikir lebih baik aku terus tidur dari aku terus berjaga.susah aku semua aku simpan sendiri.masalah yang ada semua aku telan sendiri.cuma bila aku dah tak larat nak hadap ,aku tak tahu dekat mana aku nak luahkan.

Aku  tak mintak lebih,cuma yang aku mintak tolonglah jangan tambah masalah yang aku kena hadap.

Rabu, 28 Mac 2018

Pendam perasaan

Assalamualaikum

    Rindu dekat blog ni.lama sepi.nak tanya something lah.pernah tak kita suka atau jatuh hati dekat seseorang tu ?..mestilah pernah kan..tipulah kalau tak ada kan...cuma mungkin bagi sesetengah orang tu,dia berani untuk luahkan perasaan yang dia rasa tu dekat secret admire dia..dan ada jugak yang tak berani nak luahkan perasaan tu dekat secret admire dia tu...

    Aku masuk dalam kategori no 2.aku ni jenis tak berani nak declare perasaan aku dekat secret admire aku tu.aki hanya mampu tengok dari jauh aje  (ceh...macam tajuk lagu khai bahar lak...)🤣..tapi ini lah aku..

    Hampir 10 tahun lebih aku simpan perasaan ni dekat dia..antara 2 sebab aku pendamkan perasaan aku ni..
Salah satu nya aku tak setaraf dengan dia..almaklum lah dia ada kerja yang agak bagus berbanding dengan aku ni.
And lagi 1 dia kepunyaan orang..

   Mungkin pada pandangan orang lain ,kenapa lah aku tal bagi tahu aje perasaan aku dekat si dia tu.tapi aku ni jenis yang lebih suka simpan sendiri perasaan tu..aku takut bila aku luahkan perasaan aku ni,aku sendiri yang akan kecewa.aku dah penat kecewa.kalau boleh aku tak nak kecewa lagi.lebih baik aku simpan perasaan ni.

  

Ahad, 7 Januari 2018

8 jan ( 3 tahun lepas )

Assalamualaikum

Rasa macam dah lambat aje nak wish selamat tahun baru.tapi tetap nak wish jugak...
SELAMAT TAHUN BARU.😊😊✌✌...

    Kenapa aku pilih 8 jan (3 tahun lepas ),sebab tarikh ni  sehari sebelum hari jadi aku..tarikh ni yang buatkan aku gembira dan sedih..gembira sebab tarikh ni aku sambut birthday awal dengan kawan baik aku.isha dan lin.

   Gembiranya tarikh ni 3 tahun lepas,aku dikejutkan dengan rombongan meminang khayalan yang takkan pernah menjadi kenyataan.itulah kelemahan seorang perempuan yang terlalu percaya pada janji lelaki.

   Bodohnya aku sebab percaya dengan hadiah rombongan meminang yang tak kunjung datang.dan disebabkan itu jugak lah aku jadi takut denga tarikh sehari dan pada hari jadi aku.sebab aku takut benda yang sama akan berulang.

   Disebabkan janji tu lah aku menanggung malu dengan kawan kawan 1 tempat kerja.dia yang hebahkan yang dia akan bernikah dengan aku.tapi bila dia dah tak ada.macam macam yang orang mengata aku.sampai kan ada yang cakap aku perempuan bodoh .perit aku nak kena telan and hadap apa yang orang cakap tentang aku.

   Sampai kesudah aku yang kena hadap sorang diri.hari hari orang mengata.memang malu aku yang tanggung.pada hal bukan aku yang pukul canang semua.aku lebih suka berdiam dulu sebab benda belum pasti lagi.

  Aku tak kuat nak hadap semua ni.aku tak pernah minta untuk kecewa macam ni.dia buat aku macam anak patung.bila dia rasa yg dia perlu ,dia akan jumpa aku.kalau dia rasa sebaliknya ,dia akan letak aku dekat tepi.seolah olah aku ni tak wujud dalam hati dia.

 

Sabtu, 9 September 2017

Jaga perasaan

VAssalamualaikum

       Dua tiga hari ni aku makan hati dengan sikap someone ni.depan punyalah baik.tapi rupanya dekat belakang kita macam macam cerita yang tak sedap keluar.kenapa mesti nak cerita tentang seseorang tu.

     Bila dia ada masalah senang senang suruh aku keep dari pengetahuan orang lain.tapi bile kita yang ada masalah,habis semua dia cerita dekat orang.

    Bila seseorang tu cerita something dekat kau , maknanya orang tu percaya dekat kau untuk keep perkara tu.tapi apa yang kau rasa bila kau penat simpan semua masalah dia , tup tup dia boleh mengata kau dekat belakang kau.

   Bila kau bagi sesuatu dekat orang lain,then kau pergi cerita dekat semua orang.what ur point doing that ?.nak tunjuk kau terlampau baik ?.nak tunjuk kau terlampau senang ?.penah tak kau letak situasi orang tu dekat kau ?.
Sori to say lah , aku tak rasa kau macam tu.

    Sebaiknya lebih baik kita jaga aib orang.sebab sebaik baik kita jaga aib orang , insyallah ALLAH akan jaga aib kita.lebih baik diam.

Isnin, 21 Ogos 2017

Maaf

Assalamualaikum

    Setiap dari kita mesti ada cerita suka dan duka.dan kalau boleh kita nak cerita dekat orang lain tentang apa yang kita rasa masa itu.tapi tak semua orang yang dapat mendengar setiap cerita kita.tapi aku pulak lain.aku lebih suka pendam sendiri apa yang aku rasa.

   Rasa kecewa,bahagia,sakit.semua aku simpan sendir.tak semua nya aku akan cerita pada orang.kadang ada yang datang bertanya kenapa aku seolah olah macam tak pernah ada masalah ?.jawapan aku senang.aku takkan tunjuk dekat orang yang aku ada masalah.

Bila tengok orang lain ada pasangan masing masing ,terfikir jugak aku.kenapa aku tak macam diaorang semua.tapi bila ingat ingat balik,aku jadi takut.sebab setiap kali rasa tu datang mesti akan muncul seseorang yang akan ambil kegembiraan aku.

Kadang terlintas dekat kepala aku.kenapa aku ?.apa salah yang aku buat dekat dia sampai dia sanggup amik insan yang aku mulai sayang.yes aku mengaku yang aku agak kekok dalam bercinta.sebab kisah lama yang pernah jadi dekat aku.

Atas sebab itu aku takut.siapa yang tak rasa malu bila semua orang pandang kau macam seorang player.padahal kau tak pernah pun mainkan perasaan orang lain.kadang aku rasa yang aku ni terlalu bodoh.bodoh sebab sanggup bagi hati aku dekat seseorang.akhirnya aku yang merana.

Bila orang mula bertanya,bila kau nak kahwin ? Dah ada buah hati ke ?.apa jawapan yang patut aku bagi?.bila aku jawap belum ada jodoh,dia orang cakap jawapan selamat yang aku bagi.bila aku tak jawap.dikatanya aku memilih.sampai kan disuruhnya aku cermin muka aku sendiri.baru nak pilih pasangan.

Hina sangat ke orang yang macam aku ni?.kadang tu sayu hati aku bila tengok orang berpasang pasangan.cemburu bila aku tengok kawan kawan aku semua text dengan pasangan dia orang.termenung aku bila tengok orang jalan dengan pasangan masing masing.

Kadang aku bandingkan diri aku dengan orang disekeliling aku.aku rasa kerdil sangat.aku tak pernah rampas atau rosakkan kebahagian orang lain tapi orang lain yang rampas atau rosakkan senyuman yang aku ada.tapi aku tak pernah balas apa yang pernah dia orang buat dekat aku.aku mengalah dan aku biarkan perampas tu dapat apa yang dia nak.

Sedih , kecewa , sakit yang aku rasa , orang tak nampak.susah payah aku nak sembunyi kan rasa tu.penat nak berpura pura seolah olah hal tu langsung tak mengganggu aku.bukan aku nak menyalahkan takdir.mungkin dah tertulis ini yang aku kena terima.mungkin ini nasib aku.bila bahagia tu datang aku mesti akan kecewa.aku akan kena mengalah.

Sampaikan ada masa , aku seolah putus harap untuk terus mencari.sebab sampai pertengahan mesti aku akan kecewa.kadang tercuit hati aku,layak ke aku nak berangan untuk dapatkan bahagia tu ?.layak ke aku nak berdiri sama tinggi and duduk sama rendah dengan seseorang tu ?.layak ke aku nak luahkan perasaan aku pada seseorang tu?.

Aku takut nak luahkan perasaan aku.aku takut dihina macam dulu.aku tak kuat nak hadapi hinaan.cukuplah aku selalu mengalah.
   

Selasa, 15 Ogos 2017

Belum waktunya

Assalamualaikum....

   Lama blog ni terbiar.kekangan masa buat blog ni lama aku tak singgah..

   Apa yang korang rasa bila seseorang yang belum kenal true colour diri korang,tapi dia nak judge korang.ALLAH tu maha adil.hari ni aku dapat tahu cerita tentang hamba ALLAH ni.

   Dia tak pernah rasa apa yang pernah aku lalui.dia tak pernah rasa kecewa macam mana yang aku rasa.dengan senangnya dia nak cakap yang aku ni MEMILIH.aku tak pernah mintak untuk kecewa.siapa yang tak nak bahagia ?.siapa yang tak nak bercinta ?.siapa yang tak nak diri dia disayangi ?.

   Tapi siapa yang mintak diri dia kecewa ?.siapa yang nak dirinya merana?.bohong kalau aku cakap yang aku tak ada rasa cemburu bile tengok kawan kawan aku ada pasangan.ada orang yang prihatin dekat kita.tapi aku selalu ingat kan diri aku agar jangan cemburu dengan apa yang aku nampak.mungkin masa untuk aku belum sampai.

     Tak perlu nak bandingkan rupa seseorang tu dengan orang lain.bukan rupa paras yang menjamin kebahagian seseorang tu.dia tak pernah rasa macam mana sakitnya bila kita bergantung harap pada janji seseorang.sampai masanya dia hilangkan diri.

     Kadang aku terfikir kenapa aku tak boleh bahagia.kenapa setiap kali aku rasa bahagia tu ,mesti akan ada yang datang rampas semuanya.sampaikan aku yang kena undur diri.dia tak pernah rasa macam mana sakitnya bila kita dah sayangkan seseorang itu.tapi seseorang itu buat endah tak endah.dah macam kita yang terhegeh hegeh.

      Tapi inilah yang aku kena lalui.inilah yang aku kena telan.inilah yang aku kena terima.segala sindiran aku kena terima.benda ni semua yang buatkan aku TAKUT UNTUK BERCINTA.sebab aku takut bila bahagia tu datang,mesti aku akan kecewa.

    Bukan rupa atau harta yang aku pandang.setiap manusia banyak kekurangannya.dia hanya tahu bercakap yang aku ni memilih.dia tak tahu macam mana susahnya aku nak sembunyikan rasa kecewa aku ni dari pandangan semua orang.macam mana susahnya aku nak berpura pura tersenyum sedangkan hati aku kecewa sangat.

    Pernah tak kau nampak aku menagis ?.tak kan.sebab aku tahu kalau aku menagis depan kau ,ada kau rasa kesian dekat aku ke ?.tak kan.mungkin kau akan bertepuk tangan sebab aku tengah kecewa.kau tak pernah rasa and tak pernah ada dekat situasi aku.
 
      Rendah sangat ke orang yang macam aku ni ?.hina sangat ke orang yang masih single macam aku ni ?.aku tahu yang aku bukan seorang yang sempurna.aku bukan cantik macam orang lain.tapi tolong lah,aku ni manusia.aku ada hati dan perasaan aku bukan anak patung.

Ahad, 11 Jun 2017

Sakit hati

Assalamualaikum

Selamat berpuasa.sepatutnya dalam bulan puasa ni ,kita kena banyak kan amal.tapi apa yang jadi dekat aku hari ni , memang betul betul buat aku sakit  hati.tak pasal pasal aku kena marah atas sebab yang bukan 100% salah aku.

Mulanya aku ni buat atas dasar nak tolong orang.last last yang kena marahnya aku balik.memang aku stress dengan benda ni.tak pasal pasal aku kena marah dengan 2 orang sekali gus.apa yang korang rasa kalau kena marah dengan 2 orang sekali gus ?.mesti sakit hati kan.macam tulah yang aku rasa.

Bukan aku tak mintak maaf.aku siap return call balik untuk  minta maaf.siap pakai aku punya personal no lagi call hanya untuk nak minta maaf.lain lah kalau aku terus diamkan diri and no say sorry for that mistake.

Even benda ni jadi pun bukan salah aku.semua nya nak salahkan aku.seolah olah aku yang cipta masalah ini.nada aku bukan nya kurang ajar.atleast aku masih tahu adab nak bercakap dengan orang even dalam telefon.

Nak tolong orang last last kena dekat kita balik..