Isnin, 21 Ogos 2017

Maaf

Assalamualaikum

    Setiap dari kita mesti ada cerita suka dan duka.dan kalau boleh kita nak cerita dekat orang lain tentang apa yang kita rasa masa itu.tapi tak semua orang yang dapat mendengar setiap cerita kita.tapi aku pulak lain.aku lebih suka pendam sendiri apa yang aku rasa.

   Rasa kecewa,bahagia,sakit.semua aku simpan sendir.tak semua nya aku akan cerita pada orang.kadang ada yang datang bertanya kenapa aku seolah olah macam tak pernah ada masalah ?.jawapan aku senang.aku takkan tunjuk dekat orang yang aku ada masalah.

Bila tengok orang lain ada pasangan masing masing ,terfikir jugak aku.kenapa aku tak macam diaorang semua.tapi bila ingat ingat balik,aku jadi takut.sebab setiap kali rasa tu datang mesti akan muncul seseorang yang akan ambil kegembiraan aku.

Kadang terlintas dekat kepala aku.kenapa aku ?.apa salah yang aku buat dekat dia sampai dia sanggup amik insan yang aku mulai sayang.yes aku mengaku yang aku agak kekok dalam bercinta.sebab kisah lama yang pernah jadi dekat aku.

Atas sebab itu aku takut.siapa yang tak rasa malu bila semua orang pandang kau macam seorang player.padahal kau tak pernah pun mainkan perasaan orang lain.kadang aku rasa yang aku ni terlalu bodoh.bodoh sebab sanggup bagi hati aku dekat seseorang.akhirnya aku yang merana.

Bila orang mula bertanya,bila kau nak kahwin ? Dah ada buah hati ke ?.apa jawapan yang patut aku bagi?.bila aku jawap belum ada jodoh,dia orang cakap jawapan selamat yang aku bagi.bila aku tak jawap.dikatanya aku memilih.sampai kan disuruhnya aku cermin muka aku sendiri.baru nak pilih pasangan.

Hina sangat ke orang yang macam aku ni?.kadang tu sayu hati aku bila tengok orang berpasang pasangan.cemburu bila aku tengok kawan kawan aku semua text dengan pasangan dia orang.termenung aku bila tengok orang jalan dengan pasangan masing masing.

Kadang aku bandingkan diri aku dengan orang disekeliling aku.aku rasa kerdil sangat.aku tak pernah rampas atau rosakkan kebahagian orang lain tapi orang lain yang rampas atau rosakkan senyuman yang aku ada.tapi aku tak pernah balas apa yang pernah dia orang buat dekat aku.aku mengalah dan aku biarkan perampas tu dapat apa yang dia nak.

Sedih , kecewa , sakit yang aku rasa , orang tak nampak.susah payah aku nak sembunyi kan rasa tu.penat nak berpura pura seolah olah hal tu langsung tak mengganggu aku.bukan aku nak menyalahkan takdir.mungkin dah tertulis ini yang aku kena terima.mungkin ini nasib aku.bila bahagia tu datang aku mesti akan kecewa.aku akan kena mengalah.

Sampaikan ada masa , aku seolah putus harap untuk terus mencari.sebab sampai pertengahan mesti aku akan kecewa.kadang tercuit hati aku,layak ke aku nak berangan untuk dapatkan bahagia tu ?.layak ke aku nak berdiri sama tinggi and duduk sama rendah dengan seseorang tu ?.layak ke aku nak luahkan perasaan aku pada seseorang tu?.

Aku takut nak luahkan perasaan aku.aku takut dihina macam dulu.aku tak kuat nak hadapi hinaan.cukuplah aku selalu mengalah.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan