Selasa, 15 Ogos 2017

Belum waktunya

Assalamualaikum....

   Lama blog ni terbiar.kekangan masa buat blog ni lama aku tak singgah..

   Apa yang korang rasa bila seseorang yang belum kenal true colour diri korang,tapi dia nak judge korang.ALLAH tu maha adil.hari ni aku dapat tahu cerita tentang hamba ALLAH ni.

   Dia tak pernah rasa apa yang pernah aku lalui.dia tak pernah rasa kecewa macam mana yang aku rasa.dengan senangnya dia nak cakap yang aku ni MEMILIH.aku tak pernah mintak untuk kecewa.siapa yang tak nak bahagia ?.siapa yang tak nak bercinta ?.siapa yang tak nak diri dia disayangi ?.

   Tapi siapa yang mintak diri dia kecewa ?.siapa yang nak dirinya merana?.bohong kalau aku cakap yang aku tak ada rasa cemburu bile tengok kawan kawan aku ada pasangan.ada orang yang prihatin dekat kita.tapi aku selalu ingat kan diri aku agar jangan cemburu dengan apa yang aku nampak.mungkin masa untuk aku belum sampai.

     Tak perlu nak bandingkan rupa seseorang tu dengan orang lain.bukan rupa paras yang menjamin kebahagian seseorang tu.dia tak pernah rasa macam mana sakitnya bila kita bergantung harap pada janji seseorang.sampai masanya dia hilangkan diri.

     Kadang aku terfikir kenapa aku tak boleh bahagia.kenapa setiap kali aku rasa bahagia tu ,mesti akan ada yang datang rampas semuanya.sampaikan aku yang kena undur diri.dia tak pernah rasa macam mana sakitnya bila kita dah sayangkan seseorang itu.tapi seseorang itu buat endah tak endah.dah macam kita yang terhegeh hegeh.

      Tapi inilah yang aku kena lalui.inilah yang aku kena telan.inilah yang aku kena terima.segala sindiran aku kena terima.benda ni semua yang buatkan aku TAKUT UNTUK BERCINTA.sebab aku takut bila bahagia tu datang,mesti aku akan kecewa.

    Bukan rupa atau harta yang aku pandang.setiap manusia banyak kekurangannya.dia hanya tahu bercakap yang aku ni memilih.dia tak tahu macam mana susahnya aku nak sembunyikan rasa kecewa aku ni dari pandangan semua orang.macam mana susahnya aku nak berpura pura tersenyum sedangkan hati aku kecewa sangat.

    Pernah tak kau nampak aku menagis ?.tak kan.sebab aku tahu kalau aku menagis depan kau ,ada kau rasa kesian dekat aku ke ?.tak kan.mungkin kau akan bertepuk tangan sebab aku tengah kecewa.kau tak pernah rasa and tak pernah ada dekat situasi aku.
 
      Rendah sangat ke orang yang macam aku ni ?.hina sangat ke orang yang masih single macam aku ni ?.aku tahu yang aku bukan seorang yang sempurna.aku bukan cantik macam orang lain.tapi tolong lah,aku ni manusia.aku ada hati dan perasaan aku bukan anak patung.

2 ulasan:

  1. i know what u feel inside there... ignore what people talking about u. always be positive. i always support u.

    BalasPadam