Rabu, 31 Ogos 2016

Jodoh oh jodoh

Assalamualaikum...
Selamat petang....

     Lama rasa nya tak menulis dekat sini.Biasa lah kalau dah mula mengadap kerja , memang dah tak fikir benda lain dah.selagi tak siap kerja tu memang rasa macam 1 bebanan aje.kadang kadang tu rasa macam nak balik semula ke alam persekolahan.

   Time sekolah dulu tak ada lah stress macam sekarang ni.mana nak fikir bebanan kerja lagi , nak kena bayar macam macam lagi.kadang sampai terlintas dekat kepala kenapa lah aku naak lalui benda ni.tu belum termasuk soal jodoh lagi.hai pening pening.

  Bila masuk soal jodoh pulak lagi lah bertambah tambah pening nya.kadang tu aku rasa macam nak duduk dekat
Bawah meja aje.mungkin bagi sesetengah orang , itu soalan biasa.tapi bagi orang yang macam aku ni , soalan tu amat menakutkan.

   Sebab tu kalau boleh aku nak balik semula ke alam persekolahan.sebab masa tu tak ada nak fikir pasal duit ke ,bebanan kerja ke , soal cinta cintun ni.paling paling pun pening kepala fikir pasal homework.

   Hmmm....kalaulah boleh putarlan masa balik...

Ahad, 21 Ogos 2016

Menunggu dan menunggu

Assalamulaikum...
  Aku masih lagi dekat office...menunggu adik aku yang sorang ni datang ambil aku...aku tak tahu kenapa hari ni aku ada mood pulak nak menulis....adakah sebab aku rindukan seseorang ?.mungkin iya ataupun mungkin tak.dah memang hobi aku menulis dan aku akan menulis bila  mood aku datang.
  Belek belek galeri dalam tab aku, terjumpa satu ayat ni
" the most painful things is taking risk to fall in love again".entah kenapa aku rasa tertarik dengan ayat ni.seolah olah ayat ini memang sesuai untuk aku.
Memang perkara yang paling sakit bila kita terpaksa ambil risiko untuk jatuh cinta.
Mungkin pada sesetengah orang cinta itu indah,tapi bagi orang yang pernah merasa kecewa,cinta itu menjadi suatu benda yang menakutkan bagi dia.itu yang wujudnya pepatah fobia tentang cinta.
  Sampaikan timbul perasaan takut untuk bercinta.tipulah kalau dikatakan seseorang itu tak mahu merasa bahagia,rasa ingin bercinta dan dicintai.tapi disebabkan perasaan takut untuk kecewa sekali lagi membuatkan seseorang itu menutup pintu hatinya untuk bercinta.
   Hati mana yang sanggup tahan bila seringkali dikecewakan.seolah olah harapan yang dibagi itu tidak bererti.bila seseorang itu mengharap pada harapan yang dibagi dan akhirnya dia sendiri yang akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi kerna suatu harapan itu.
  Sakitnya bila kita jatuh sebab mengharap apa yang dijanjikan itu menjadi kenyataan memang terlampau sakit rasanya.tapi orang yang tidak pernah rasa macam mana sakitnya bila kita seorang sahaja yang bersungguh sungguh menjaga hubungan itu sebaik mungkin.
  Lebih berat lagi bila timbul soal kahwin,bila ibu bapa sudah mula meletak harapan untuk melihat anaknya bahagia dengan pasangan yang dipilih sendiri,akhirnya berkubur macam itu sahaja.mana nak letak rasa malu dengan ibu bapa,sahabat semua.akhirnya diri sendiri yang merana.
   Sebab itulah sampai sekarang aku masih lagi single.disebabkan aku masih takut dan belum kuat lagi untuk bercinta.mungkin aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang fobia untuk bercinta.kenangan pahit yang pernah aku lalui sebelum ini membuatkan aku cukup takut untuk bercinta lagi.
  Aku takut nak meletak apa apa harapan lagi pada setiap insan yang hadir dalam hidup aku.lebih baik aku menganggap semuanya kawan daripada aku kecewa lagi.

From the beginner blogger
Afiqah @ alfie

Nukilan ku

Perempuan,dia menagis,dia ketawa,dia merungut,dia membebel,dia berduka,dia sayang,dia cinta.emosi dan perempuan adalah sahabatyang sangat karib dan susah hendak dipisahkan.
Memang ada perempuan yang nampak gagah lharan tapi dia tetap seorang perempuan.hatinya lembut dan sensitif.
Permlempuan.mudah suka,jatuh cinta dan seringkali tersilap percaruran hati.
Perempuan berlagak kuat dihadapan semua,padahal hatinya sudah hancur luluh merana.namun dia tahu yang dia tak boleh menunjukan yang dia lemah selamanya.dia harus kuat hadapi semuanya.terpaksa hadap semuanya dengan senyuman palsu.
Terus melangkah untuk melindungi diri yang jatuh dihujung sana.hati perempuan selalu cukup kuat untuk memaafkan.
Tapi fikiran belum cukup kuat untuk melupakan.hati seorang perempuan akan berubah menjadi keras sebab dia sudah penat ada hati yang lembuttapi tidak dihargai.
Cantiknya seorang perempuan,apabila dia tersenyum disaat dirinya sedang sakit.
Tabah dirinya saat dihina dan tetap tertawa disaat hatinya sedang merana.

From the beginner blogger : afiqah @ alfie

Rabu, 17 Ogos 2016

Kenangan lalu

Assalamualaikum,selamat malam...

  Entah kenapa tiba tiba aku teringat dekat kenangan  dulu..rasa nak menagis aje bile teringatkan apa yang pernah terjadi dulu...
  Aku pernah ditolak hanya sebab rupa.mungkin memang menjadi lumrah kehidupan dalam memilih pasangan.kecantikan luaran menjadi pilihan yang paling utama.
  Aku pernah merasa sakit sebab dihina,masa tu aku rasa keyakinan dalam diri aku hilang entah kemana.aku pegang setiap apa yang hamba allah itu pernah dan aku bertekad untuk dapatkan balik keyakinan diri aku kembali dan aku mahu buktikan pada hamba allah itu yang mana aku mampu  berubah menjadi yang lebih baik.
  Akan aku ingat setiap apa yang dia ucapkan pada aku sebelum ni sampai bila bila.aku takkan sesekali menyimpan dendam pada hamba allah itu.

From the beginner blogger
Afiqah @ alfie

Khamis, 4 Ogos 2016

INTRO: Inilah aku

Assalamualaikum dan selamat petang .

Nama aku Nurafiqah. Boleh panggil Ain, Afiqah atau pun Alfie. Kenapa nama Alfie ni boleh muncul ye ? Nama Alfie ni muncul dari salah seorang kawan baik aku sendiri, Leenz. Dia yang bagi nama ni dekat aku. Pada aku nama Alfie ni unik.

Salah satu sebab aku buat blog ni adalah kerana aku suka menulis. Dengan menulis aku dapat lepaskan semua tekanan yang aku tanggung. Kiranya macam salah 1 terapi untuk release tension.

Umur aku dah 26 tahun. Hmmm...lagi berapa bulan nak masuk 27 tahun. Status aku masih lagi single. Ramai jugak yang bertanya kenapa aku masih single lagi. Kalau part tu nanti nantilah aku cerita.Cukuplah aku bagitahu yang aku masih lagi takut dengan apa yang terjadi sebelum sebelum ni.

Tapi aku kesian jugak bile tengok mak dengan ayah aku ni. Tiap kali dia orang balik kampong atau jumpa kawan kawan dia orang mesti akan keluar soalan cepu emas. "Kau dah berapa orang cucu ?", "Bila anak anak kau nak kahwin ?" Bila kena dekat aku soalan tu, aku akan jawap insyallah kalau ada jodoh ada lah.

Peringkat umur aku sekarang ni dah malas nak fikir tentang soal cintan cintun ni. Dah tak ada rasa nak bercinta bagai. Lebih baik berkawan.

Rasanya cukuplah aku membebel setakat ni dulu. See you in the next post..

FROM : ALFIE  (THE NEW BLOGGER)

Assalamualaikum