Selasa, 5 Jun 2018

Tersepit

Assalamualaikum
Salam ramadhan

  Rindu nak menulis.
Aku dah cukup letih nak hadam semua masalah yang ada.sampaikan aku rasa dah tak larat nak tanggung lagi.betulah cakap orang bila kita ada masalah lebih baik kita tidur untuk tenangkan fikiran.bila ada masalah yang susah untuk aku selesaikan,aku rasa lebih baik aku tidur dari aku terus berjaga dan fikirkan masalah yang ada.

Kadang sampai aku terfikir lebih baik aku terus tidur dari aku terus berjaga.susah aku semua aku simpan sendiri.masalah yang ada semua aku telan sendiri.cuma bila aku dah tak larat nak hadap ,aku tak tahu dekat mana aku nak luahkan.

Aku  tak mintak lebih,cuma yang aku mintak tolonglah jangan tambah masalah yang aku kena hadap.

Rabu, 28 Mac 2018

Pendam perasaan

Assalamualaikum

    Rindu dekat blog ni.lama sepi.nak tanya something lah.pernah tak kita suka atau jatuh hati dekat seseorang tu ?..mestilah pernah kan..tipulah kalau tak ada kan...cuma mungkin bagi sesetengah orang tu,dia berani untuk luahkan perasaan yang dia rasa tu dekat secret admire dia..dan ada jugak yang tak berani nak luahkan perasaan tu dekat secret admire dia tu...

    Aku masuk dalam kategori no 2.aku ni jenis tak berani nak declare perasaan aku dekat secret admire aku tu.aki hanya mampu tengok dari jauh aje  (ceh...macam tajuk lagu khai bahar lak...)🤣..tapi ini lah aku..

    Hampir 10 tahun lebih aku simpan perasaan ni dekat dia..antara 2 sebab aku pendamkan perasaan aku ni..
Salah satu nya aku tak setaraf dengan dia..almaklum lah dia ada kerja yang agak bagus berbanding dengan aku ni.
And lagi 1 dia kepunyaan orang..

   Mungkin pada pandangan orang lain ,kenapa lah aku tal bagi tahu aje perasaan aku dekat si dia tu.tapi aku ni jenis yang lebih suka simpan sendiri perasaan tu..aku takut bila aku luahkan perasaan aku ni,aku sendiri yang akan kecewa.aku dah penat kecewa.kalau boleh aku tak nak kecewa lagi.lebih baik aku simpan perasaan ni.

  

Ahad, 7 Januari 2018

8 jan ( 3 tahun lepas )

Assalamualaikum

Rasa macam dah lambat aje nak wish selamat tahun baru.tapi tetap nak wish jugak...
SELAMAT TAHUN BARU.😊😊✌✌...

    Kenapa aku pilih 8 jan (3 tahun lepas ),sebab tarikh ni  sehari sebelum hari jadi aku..tarikh ni yang buatkan aku gembira dan sedih..gembira sebab tarikh ni aku sambut birthday awal dengan kawan baik aku.isha dan lin.

   Gembiranya tarikh ni 3 tahun lepas,aku dikejutkan dengan rombongan meminang khayalan yang takkan pernah menjadi kenyataan.itulah kelemahan seorang perempuan yang terlalu percaya pada janji lelaki.

   Bodohnya aku sebab percaya dengan hadiah rombongan meminang yang tak kunjung datang.dan disebabkan itu jugak lah aku jadi takut denga tarikh sehari dan pada hari jadi aku.sebab aku takut benda yang sama akan berulang.

   Disebabkan janji tu lah aku menanggung malu dengan kawan kawan 1 tempat kerja.dia yang hebahkan yang dia akan bernikah dengan aku.tapi bila dia dah tak ada.macam macam yang orang mengata aku.sampai kan ada yang cakap aku perempuan bodoh .perit aku nak kena telan and hadap apa yang orang cakap tentang aku.

   Sampai kesudah aku yang kena hadap sorang diri.hari hari orang mengata.memang malu aku yang tanggung.pada hal bukan aku yang pukul canang semua.aku lebih suka berdiam dulu sebab benda belum pasti lagi.

  Aku tak kuat nak hadap semua ni.aku tak pernah minta untuk kecewa macam ni.dia buat aku macam anak patung.bila dia rasa yg dia perlu ,dia akan jumpa aku.kalau dia rasa sebaliknya ,dia akan letak aku dekat tepi.seolah olah aku ni tak wujud dalam hati dia.