Ahad, 27 November 2016

Dear my best friend for ever and ever

Assalamualaikum linda...

Macam mana dengan persiapan majlis kau nanti ?.mesti dah hampir nak siapkan ?.diam tak diam dah tinggal lagi berapa hari je lagi tok kau say goodbye dekat dunia single dan say hello to dunia perkahwinan.insyallah lau tak ada apa aral yang melintang mungkin sehari sebelum majlis nikah kau ,aku akan sampai.akhirnya jodoh kau sampai jugak lin.aku gembira bile dapat berita yang kau dah nak kahwin.alhamdulilah makbul jugak doa aku nak tengok kau jumpa mr right kau.

Setiap kali lepas solat, aku tak pernah lupa tok doakan kebahagian kau gan isha.sebab korang lah sahabat yang paling aku sayang.

Aku nak minta maaf dekat kau,kalau aku selalu ganggu kau dengan masalah masalah yang ada dalam hidup aku.tapi kau tetap sabar layan kerenah aku.lepas ni aku dah tak ada tempat nak luahkan sebab kau dah ada suami.tanggujawap kau lepas ni lebih berat lagi.

Terima kasih linda sebab kau selalu ada untuk dengar semua keluh kesah aku.kau selalu bagi aku semangat time aku tengah down.

Aku doakan kau beroleh kebahagian yang kekal.

Tentang rasa

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama blog ni terbiar....sampai dah berhabuk...🙄..
Lama tak update dekat sini..
Sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita...
Tapi tak tahu nak mula dari mana..😕..
Aku rasa rasa sekarang ni hidup aku makin complicated...
Semua rasa bercampur sekali..kadang tu aku rasa nak menagis,nak marah,jeles..semuanya datang dalam 1 masa..
Kadang tu buat aku rasa serabut...terfikir jugak macam nak pergi dekat satu tempat yang sunyi,tanpa ada apa apa gangguan dari sesiapa..aku nak tenangkan fikiran..
Tapi bila difikir fikirkan balik lau nak gi travel ke satu satu tempat tu orang cakap elok bawak teman..
Atleast kalau terjadi apa apa,sekurang kurangnya adalah orang yang boleh tolong...almaklumlah sekarang ni macam macam kes yang berlaku..
Tapi aku nak gi gan siapa..bff aq semua nya dah nak kahwin...
Linda punya majlis kahwin minggu depan...
Aisyah pulak busy dengan kerja and persiapan majlis kahwin dia untuk tahun depan..
Tinggal lah aku yang masih belum laku laku ni...
Bile story bab pasal majlis kahwin ni , siapa yang yang tak nak kahwin yang oi..
Semua orang impikan majlis yang sempurna..
Tapi pada aku , aku cume nak.majlis yang sederhana..
Aku nak buat yang wajib aje...tak perlu nak.membazir semua..
Kalau boleh aku nak bertunang...
Diulangi tak nak bertunang..aku fobia lau sebut bab tunang ni semua..
Dan lagi 1,aku jadi takut bila tarikh hari lahir aku sampai..
Pada orang lain mungkin tarikh tersebut menggembirakan korang tapi tak bagi aku..
Mesti korang rasa hairan kenapa aku takut dengan tarikh hari lahir aq sendiri ..
Sebabnya masa hari itu lah aku dilamar konon nya untuk menjadi teman hidup seseorang ni..
Siapa yang tak rasa gembira bila dilamar..
Siap nak hantar rombongan bagai...
Tipu lah kalau time tu kau tak rasa bahagia..
Hampir setahun jugak aq tunggu apa yang dia janjikan...
Tapi semuanya hancur macam tu sahaja..sampaikan aku malu nak berdepan dengan ibu dan ayah aku..
Kali kedua pun jadi benda yang sama.tarikh yang sama jugak aku dilamar..bile aku dah terima lamaran dari dia,dia buat aku ni seperti tak pernah wujud dalam hidup dia.
Apa yang korang akan rasa bile orang yang kau sayang tu,buat buat tak nampak yang kau ada dekat situ.seolah olah kau ni halimunan..
Mesti kau rasa sedih kan.macam tu lah yang aku rasa.sedih campur malu.malu sebab semua orang nampak dia buat aku macam tu.tapi aku tetap simpan semua dalam hati aku..
Bila orang sekeliling tanya aku dengan someone tu macam mana ?,aku akan jawap kita orang ok, tak ada masalah.
Tapi hakikat nya ALLAH aje yang tahu.